antara kita ada yang sama

walau siapa pun kita ~ tetap berasal dari tanah yang sama~

Kolejku Ibarat Tali July 18, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 5:27 pm
Tags: , ,

Indah suasana bak kilauan suasa

Rendangan Bismillah pemula bicara

Assalamua’laikum buah mulia

Selamat datang junior semua.

Kepada para junior yang dikasihi, anda sangat bertuah kerana diterima masuk ke kolej terasing di lembah beringin ini. Dalam banyak manusia dicipta oleh Allah SWT, anda dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Dalam jutaan rakyat itu, anda memasuki sebuah kolej persediaan luar negara yang antara terbaik di negara ini

Sahabatku mahupun junior atau senior, kolej ini ibarat tali. Tali yang cukup panjang dan kukuh. Tali ini boleh anda gunakan untuk mendaki gunung yang sangat tinggi. Bahkan andai kata langit itu mempunyai tiang, anda mampu mendaki langit itu. Segala bentuk peluang ada di sini, anda boleh menjadi seorang yang sangat hebat dalam pelbagai arena kerana pengalaman yang bakal anda tempuh di sini.

Namun, bukan semudah itu, if U don’t have a proper self-management, tali itu juga boleh anda gunakan untuk menggantung diri anda. Fikirkanlah. My advice is please don’t cheat yourself and don’t be cheated by ‘this environment’. Sandarkan kembali dirimu kepada Pencipta kamu.

 

Islam: Hadiah yang Tidak terhingga July 7, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 4:28 pm
Tags: , , ,

~Antara Kita Ada Yang Sama~

‘Minggu depan ‘birthday’ Along, nak bagi hadiah apa?’ kata kakak paksu. Dalam hati ada juga terbisik, ada ke pula hadiah minta orang bagi. Haha. Orang Melayu memang ramahnya sebegitu. Semua benda ada sahaja yang ingin diperkatakan.

‘Tak ada duit’ jawab paksu ringkas.

‘Alah, kedekut betul’ tambah Along

‘Oklah disebabkan Along mengada, Amir bagi jugalah sesuatu. Nak tau?’ jawab dengan nada ‘malas hendak melayan’.

‘Nak’

‘Kasih Sayang.. Haha’ jawapan yang sememangnya menyakitkan hati. Tapi entah jika difikirkan kasih sayang memang tidak dapat dijual beli.

Apabila kita memberi dengan kasih sayang, walaupun hanya menerima balasan sekadar dua perkataan ‘terima kasih’, ia sudah lebih daripada cukup. Lihatlah mak dengan abah, pelik tapi benar, kalau mak selalunya pagi dan tengah hari jarang makan di sekolah tapi bila balik rumah masak/beli macam-macam untuk anak-anaknya.

Lihat pula abah, seumur hidup paksu rasanya tidak pernah melihat barangan yang ‘sophisticated’ dibeli untuk diri sendiri. Rasanya ubat sahaja kot. Tetapi untuk orang lain dan anak-anak, sanggup menghabiskan beribu-ribu. Percaya atau tidak, yang paling bahagia apabila menerima sesuatu bukan si anak, hakikatnya mak dengan abah yang terasa bahagia apabila anak-anak kelihatan gembira. Betul atau tidak, tanyalah orang yang dah ada anak. Haha..

Allah Yang Bersifat ar-Rahim

Itu baru kasih sayang manusia, bagaimana pula Tuhan yang tiada lebih Agung daripadanya.

“Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Meguasai Segala Alam Langit Dan Bumi. Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan”

(terjemahan surah al-Baqarah 2:107)

Jika benar Allah yang disembah umat Islam itu Tuhan Yang Kejam, sudah pasti dengan kekuasan-Nya yang meliputi segala di langit dan di bumi itu menghancurkan mereka yang ingkar kepada-Nya. Tetapi dengan kasih sayang-Nya mereka yang membuat maksiat masih lagi diberi kesempatan unutk bertaubat.

Dengan kasih sayang Allah, diturunkan cara hidup menerusi para nabi dan rasul, yang akhirnya dilengkapi oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW agar manusia dihadiahkan panduan bagaimanakah dapat hidup dengan keadaan yang bahagia di muka bumi ini.

“Dan Nabi Ibrahim berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakop (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam'”

(terjemahan surah al-Baqarah 2:132)

p/s Do we luv Allah? Prove it…

~Antara Kita Ada Yang Sama~