antara kita ada yang sama

walau siapa pun kita ~ tetap berasal dari tanah yang sama~

Tukar Blog October 31, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 8:46 pm

Buat pengetahuan semua blog ini kemungkinan besar akan ditutup tidak lama lagi. Nak guna blogspot pula. Rajin-rajinlah datang jenguk blog yang baru ni. IbnuHashim-online. Kenapa Ibnu Hashim? Nanti paksu cerita.

 

IbnuHashim-Online.Blogspot.Com

Disebabkan baru buat, so banyak benda tak update lagi eg. link blog kawan2

Advertisements
 

Topaz Rawk (Rock)

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 1:34 am

For your information there are 4 houses in KYUEM –Topaz, Garnet, Sapphire, Diamond

Semalam

UB: (SMS) Amir, breakfast at 6.50am. Topaz kumpul kat basketball court at 7.10am. Tolong kejut Zar. Thanks

Paksu: (SMS)I’hv already told him. InsyaAllah

Pada hakikatnya, banyaklah manusia daripada semua house sibuk berlatih petang semalam. Tak termasuk paksu (target nak jalan je masa marathon). Namun, malam semalam hujan tak berhenti dengan lebatnya. Tidaklah diketahui apakah yang terjadi di kampung Diamond. Selalunya banjir. Semalam ramai juga yang tidur lambat (study kot), termasuklah paksu. Jam menunjukkan 1 am, langit masih menangis.

Terdengarlah desas-desus, siapakah yang akan memenangi marathon esok??

6.50am at Dining Hall

XY: Alamak makan cocoCrunch je, mana cukup nanti nak marathon.

QW: Bersyukurlah ada makanan, keje nak ‘complain’ je. Ingatlah firman Allah :

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta akal fikiran supaya kamu bersyukur” (an-Nahl: 78)

QW: (sambungan) so, malas nak layan ko, pandai-pandai la insaf.

Sememangnya dialog di atas rekaan semata-mata. Nak tambah unsur mistik sket (ada ke?)

Dialog sebenar.

XY: Woo, bestnyer hujan, mesti tak da marathon, boleh la tidur. (semua orang tersenyum tanda bersetuju)

Tiba-tiba jejaka UB letak makanan berhampiran dengan kami

Paksu: UB ada marathon tak? Kata nak kena ‘start’ 7.30am

UB: Should be at 7.30am la. But SC just informed me that, we will wait until 9am, kalau hujan lagi, kita lari dalam hujan la.

Semua: (semua orang terkesima, kecewa, putus harapan dan DOWN!!)

9.00am (walking to guard house)

Ketika hujan masih turun.

XY: Amir, ko doa la minta doa hujan lebat sket. Nanti ada peluang la nak menang

Paksu: (sebenarnya tak paham apa kaitan hujan lebat dengan peluang nak menang tapi dengan nada lawak paksu menjawab) Aku tak nak bersubahat, nanti ramai orang demam.

Maka, ketika hujan masih membasahi pipi, kami memulakan larian. Entah kenapa, semalam cadang nak jalan sahaja, tapi terkenang budak-budak Topaz lain pun sama-sama berhempas pulas untuk menang, paksu turut berlari (sebenarnya jalan lagi banyak daripada lari_jangan bagitau orang lain tau). Ketika sampai kembali di hadapan ‘guard house’ semangat paksu bertambah lantaran ramai budak Topaz (yang dah lama ‘giler’ sampai) tunggu di situ untuk memberi semangat. Sampai ke penamat. Syukur juga sampai, siap sumbang 2 points dekat Topaz tuuuu..

Penyampaian Hadiah

Ketika majlis ini, semua house sangat bersemangat.  Rasa macam membara semangat mereka. Akhirnya, diumumkan keputusan.

The Most Participative House is…… Garnet (semua budak garnet bersorak dengan nada bangga)

The House of Healthiest Heart is the House of Rawk(Rock), TOPAZ…

Budak Topaz semua bersorak dengan penuh semangat dan bangga ” T-O-P-A-Z- Go Topaz!!!”

Kalaulah Kita Faham

Sewaktu balik, terdetik juga rasa di hati, alangkah indahnya, jika semangat yang sebegitu membara, sehingga lautan hujan sanggup direnangi, jika semangat ini ditukar untuk Islam, sudah pasti Tanah Palestine sudah kembali kita miliki. Ameen

Taklim (Wednesday night)

Kebiasaannya, jika ada kolej event, InsyaAllah, Topaz akan buat taklim. Mula-mula cerita pasal ‘event’ tersebut, dan diakhiri dengan sedikit Tazkirah.

“Aku harap kita semua faham, kita janganlah rasa rendah diri sehinggakan kita malu untuk pergi ke Surau, untuk solat jemaah atau dengar tazkirah. Sebab Surau atau masjid, bukan untuk budak-budak sekolah agama atau yang nampak macam alim sahaja, tapi untuk kita semua.”

“Mungkin kita rasa malu sebab, kita ni selalu ‘kantoi’ tak solat, atau selalu tengok ‘porn’, tapi aku harap kita faham bahawa Allah SWT akan menerima kita jika kita bertaubat : “Tetapi barangsiapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun Maha Penyayang” (al-Maidah: 39)

Pantun TOPAZ

Duduk menjahit di batang pinang,

Jari terluka terkena jarom,

Alhamdulillah Topaz dah menang,

Mari solat di Masjid jom

 

3 4 hari di KYUEM October 29, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 5:58 am
Tags: , , ,

Khamis Malam Jumaat (Cafe)

Syaz: Hari kita akan lebih bermakna kalau kita sedekah pahala dan doa dekat ‘parents’ kita walaupun mereka masih hidup

Han: Jika kita nak berjaya kita kena set ‘goal’. Contoh dalam bab ‘study’, kita target nak pergi Imperial. Cerita orang yang berjaya hanyalah cerita mereka, kita macam mana?

Shei: ‘Scroll’ dalam Kunfu Panda ajar kita bahawa untuk berjaya, usaha kita sendiri yang mampu mengukir pencapaian kita, bukan ‘parents’ atau bukan cikgu.


Paksu : According to 2nd habit of 7 habit of highly effective people written by Stephen Covey…. bla,bla.. Begin With The End In Mind (buat macam power je, walhal baca chapter tu je..)

Semalam

Paksu berjalan dengan seorang sahabat, tiba-tiba disapa oleh seorang sahabat.

XY: Amir, kalau nak aku pergi Sex Education boleh ke? (dalam nada lawak dan blur)

Hasil pertanyaan tersebut, paksu dan sahabat paksu tadi terus pergi ke seminar Sex Education tersebut. When we were entering the Lecture Theatre, we got all eyes on us? (cam bunyi perasaan je)

Dalam LT2 tersebut

DR X: If you don’t want to get STD (Sex Transmitted Diseases) or unplanned pregnancy, say ‘NO’ to sex before marriage.

Paksu: An(bukan nama sebenar), I think what did she say just now is ‘Islamik’, isn’t it?

An: Yela…. (tersenyum)

9pm tadi

Mr Hanson: If I have another chance to reverse to my young age, I will choose to Not Smoke. Emm.. Anybody has cigarette?? (hahaha…)

Rabu Malam Khamis (Kampung Topaz_11PM)

UB: we have set our first team runner to have a proper training tomorrow… bla bla..

Pada hakikatnya, semua house pun bercadang nak training, sekali hujan daa..

Fakta Menarik

KYUEM students : more than 450

present for Sex Educ. : more than 100

present for ‘No Smoking’ forum : plus minus 30

Chemistry Practical_Average feedback : Kacang giler tapi risau la, takut paper laen susah. Dengar cerita seorang budak SC dapat ‘solution’ lain masa practical tu, patut la buat experiment tak jadi-jadi, nasib baik dapat extra 5 minutes (dugaan budak dirinya)

History: The questions was not too easy, but it can be answered laaa.. (kesian dekat diorang kena jawab 3/4 essays tu)

Physic Practical : sama je macam Chemistry Practical… (malas nak tulis, sebab diri sendiri yang menjawab paper tersebut)

Thank U so Much for Student Council for organizing Health Awareness Week

(kesian dekat korang, tengah exam pun nak kena buat kerja_ apapun Tabik Spring!!)

 

Dari CINTA ke Politik October 28, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 6:31 pm
Tags: , ,

entah mengapa dan bagaimana ia terjadi, hakikatnya menjadi persoalan. Entah, aku juga tidak mengerti. Bagaimana blog yang selama ini tak habis-habis berbicara tentang cinta atau Cinta bertukar menjadi blog yang membicarakan tentang politik.

 

Bak kata Syuk: Cuba baca mesej amir, kalau cakap pasal ‘study hard’ pun tiba-tiba ada sahaja kaitan dengan CINTA (diolah supaya lebih sedap bunyinya)

 

Agak menarik juga dengan tiga komen terbaru mengenai politik. Klik di ruangan tepi untuk membacanya (sebenarnya malas nak buat hyperlink)

 

Dah janji pada diri sendiri nak buka blog 10 minit sahaja, maka akhir kalam

 

Jika Politik Itu dipisahkan daripada agama, mana mungkin manusia (muslim) layak menjadi khalifah???

 

Jika Tidak October 9, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 6:23 am
Tags: , , , , , ,

Pada mulanya paksu nak sambung Bukti Diriku Mencintai Dia: Part 1, tapi ada satu comment yang menarik oleh sahabat kita, untuk dijadikan renungan bersama.

anda masih belum baca Bukti Diriku Mencintai Dia: Part 1 ?

Ini Commentnya

salam.
Hmm, modal sama lagi,ni nak kena basuh betul2 nih =)
5 minit masa CP night x cukup lagi nih…. hehe

aku sokong artikel kau… +1
Tapi bukan senang nak mendapatkan tingkat cintakan Allah dan Rasul lebih dari segala2nya.
Segalanya perlu dikorbankan dgn ikhlas. Sanggup x kita?
Kalau setakat melafazkan dibibir mulut atau mainan jari di keyboard, memang senang sesenang 1+1=2.

Kerana apa?
Satu perkara itu kita dapat lihat, satu lagi?? x, itu masalahnya..
Kalau kita dipamerkan buku catatan amalan kita dikiri dan kanan, nescaya kita x lari dari tikar sembahyang.
kalau kita ditunjukkan syurga dan neraka,
aku rasa aku x buat a-level, x sampai ke kyuem.

Tingkat taqwa, takukan allah dgn melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang, senag disebut susah diimplementasikan.

berat tanggungjawab yg terpikul di pundak kita sebagai muslim, apalagi yg mempunyai jawatan dalam masyarakat, macam saudara amir.
“Tanggungjawab itu satu bebanan”, kata Ustaz malikie dalam kelas islamic studies..

Bebanan maksudnya kita akan dipersoalkan.
bolehkah kita nak jawab depan Alah nanti sedangkan tugas utama sbg khalifahtullah pun masih x terlaksana?

PEMIMPIN IALAH ORG YG MANA DALAM KEADAAN KELAPARAN, DIA YG PERTAMA LAPAR, DALAM KEADAAN KENYANG, DIA YG PALING LAST KENYANG.

Aku toleh kiri kanan, x de benda ni. Semua pemimpim mnggomol hasil kekayaan malaysia.Apa nak jadi?

Kopiah atau bersongkok…. same je kot

Entah apa aku melalut…
(Tamat)

Satu benda yang paksu nak tambah, kadang-kadang kita selalu ber’Gossip’ mengatakan ketua(pemimpin) kita tak cukup Islamik, makan rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi (dan ada di antara kita tidak tahu pun kebenarannya), maka jika kita tidak mempunyai info yang boleh dipercayai cukuplah kita berhenti di situ. Dan jika benar pemimpin anda tidak cukup baik (eg. menerima rasuah), pernahkah anda (sebagai muslim) berdoa kepada Tuhan supaya DIA memberikan hidayah kepada pemimpin kita supaya kembali menegakkan Islam dan dipermudahkan urusan menjadi pemimpin yang berwibawa

Agaknya, kalau Kamu diberi jawatan Perdana Menteri, Presiden UMNO, Presiden Pas, adakah Kamu mampu menjadi pemimpin yang lebih baik daripada mereka? Jika tidak…

Bantulah Mereka Dalam Doamu

 

Bukti Diriku Mencintai DIA :Part 1 October 7, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 7:15 am
Tags:

Selepas dimarahi oleh beberapa orang rakan kerana sudah lama tidak meng’Update’kan blog ini, rasanya tiba-tiba jari-jemari ini ingin bermain di atas papan kekunci usang ini. Sebelum itu mari kita lihat kata-kata 2 orang sahabat Paksu tentang blog ini.

Malam Cultural Performance

Sya: Amir, ko ni tak habis tulis pasal cinta ja, takda modal lain ke? Tulislah pasal diri kau ke, pasal aqidah ke, hukum feqah ke…

Paksu: Nak buat macam mana, tu ja yang akau tahu (dalam hati nak cakap, hanya mereka yang bercinta sahaja mampu melakukan perkara yang luar biasa _ tapi rasanya macam bunyi ayat buku pula).

Salah Sebuah Chalet Diamond

Az: Lama tak Update blog? Aku rasa kalau kau nak tulis sesuatu, biarlah berilmiah, ada positive ‘Impact’nya dekat orang lain.

Paksu: Okay! (dalam hati berbisik “Adoi, nak tulis blog pun payah macam ini ke?_ patutlah dah lama tak ‘Update’)

Namun, keduanyaku ambil sebagai iktibar buat penulisan mendatang. TETAPI, Iktibar tersebut masih belum mampu mengubah modal artikel kali ini.. hehe.. CINTA lagi

Bukti Diriku Mencintai DIA

1) Kalau Cinta Rindu Bertemu

Jika kita lihat pasangan (yang sudah berkahwin atau belum tetapi dalam suasana hangat dalam percintaan) bercinta, apa yang mereka buat ya? Kalau tak berjumpa sesaat rasa macam sehari, kalau tak jumpa sehari rasa macam setahun (teruk benar Pure Maths orang yang hangat bercinta ye, 1 day = 24 hours = 86400 seconds la _ ada pula setahun). Namun, itulah perasaan orang yang hangat bercinta, mereka mengenal erti rindu. Kalau dah buat janji temu, sudah pasti mereka akan bersedia dengan sebaik mungkin (eg. pakai baju lawa, datang ‘Date’ awal, pergi putihkan gigi). Rasa rindu itu sebagai bukti kita mencintai si dia.

Jadi adakah kita sebegitu dalam mencintai Allah? Jika tidak, terbuktilah CINTA kita kepadaNya masih belum berbunga (tak pa kalau benih baru nak bercambah_keep on going). Kalau kita tidak rasa rindu untuk bertemu denganNya di syuga nanti, perbaikilah. Beranikah kita untuk kita berkata kita mencintai Allah, jika bil telefon sebanyak RM100++  (anggaran masa 30 minit sehari) untuk menelefon pasangan, tetapi untuk berdoa kepada Allah selama 10minit (tiada cas dikenakan!) rasa macam suatu bebanan.

Buat paksu dan teman : Jika benar mencintai Tuhan, usah hanya dijadi siulan, tinggalkan segala macam tegahan, rasalah RINDU tuk lakukan suruhan.

Bersambung….

 

Cinta tidak Tertolak September 3, 2009

Filed under: Uncategorized — paksuamir @ 7:02 pm
Tags: , , ,

Kita remaja harus sedar bahawa jika cinta diberikan pada manusia, ada kemungkinan cinta itu akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah, nescaya dicantum-cantumkan-Nya atau disembuhkan-Nya. Betapa banyak cinta yang tidak berbalas atau dikhianati. Gila bayang, angau dan patah hati. Padahal jika hati itu diserahkan kepada Allah, pasti tidak ditolak.

love Allah

Supaya kita tidak kecewa, kata pepatah, “Mengadulah pada yang sayang merajuklah pada yang kasih”(ada ke pepatah ni??_hehe). Supaya cinta berbalas, cintailah yang mencintai kita, bukan orang yang kita mencintainya (dia tak cinta dekat kita). Bertepuk tangan sebelah, tak akan berbunyi. Kalau hukum ini kita patuhi, sudah tentu yang paling layak dicintai ialah Allah SWT. Sebab Allah memang terbukti mencintai kita, walaupun kita sering melupakan-Nya. Ingat tak lagi, berapa banyak dosa kita buat masa form 4 dan form 5 dulu. Tapi Allah masih mengizinkan kita sambung pelajaran ke matrik, IPTA dan sebagainya. Siap ada diantara kita buat dosa menggunung, tapi Allah berikan juga biasiswa untuk ke luar negara. Kasih Tuhan terhadap kita melebihi kasih ibu terhadap anaknya (Siapa hadiahkan ibu kepada kita ye?)

Mengapa kita abaikan cinta Tuhan? Sedangkan mencintai-Nya pasti tidak dikecewakan. Hadis Qudsi daripada Rasulullah SAW bermaksud:

“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah.”

Oleh itu, seorang yang bijak dan beradap akan meletakkan kecintaan yang tinggi kepada Allah, kepada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Di dunia hati akan tenang selaras dengan janji Allah dalam al-Quran:

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”

(ar-Ra’d 13:28)

Dan di akhirat nanti ketika semua kekasih lari daripada kekasihnya dan menjerit, “Kerana kaulah aku terseksa!!”, semua kekasih mementingkan diri. Namun para kekasih Allah tetap tenang kerana KEKASIH sejati tetap setia di sisi. Firman Allah:

“Hari akhirat hari di mana tidak berguna anak-pinak dan segala harta kecuali orang membawa hari sejahtera.”

(asy-Syuara 26:88-89)

Hati yang sejahtera itulah hati yang mencintai Allah. Itulah janji Allah, sesungguhnya Allah adalah ‘Kecintaan’ yang tidak pernah memungkiri janji.